Maxis Gandakan Data Internet Anda!

Berita baik bagi pelanggan pelan MaxisOne kerana syarikat telco tempatan itu akan menaik taraf pelan-pelan mudah alih mereka dengan menambah data secara percuma. Bermula dari 15 November ini, pelan MaxisOne 98 yang menawarkan data internet 5GB bakal dinaik taraf kepada 10GB. Data tambahan itu akan diberikan pada hujung minggu tetapi ia terhad kepada sambungan 4G sahaja.

Turut dinaik taraf adalah pelan MaxisOne 128, MaxisOne 158, MaxisOne 188 yang mana data anda akan digandakan seperti yang tertera di carta bawah.

" Kita telah melihat pengguna gemar menggunakan data dan menikmati pelbagai perkara melalui rangkaian 4G kami. Kebanyakkan pengguna aktif menggunakan telefon pada hujung minggu terutama sekali untuk hiburan dan menonton video, dan oleh sebab itu kami menambah data hujung minggu ke dalam pelan MaxisOne," kata Dushyan Vaithiyanathan. Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

" Naik taraf berterusan pelan MaxisOne adalah berdasarkan peningkatan penggunaan data. Ini merupakan komitmen kami dalam memberikan servis terbaik buat pengguna."

Kapsyen: Data tambahan untuk pengguna pada hujung minggu.


Jika dilihat pada carta diatas, pengguna yang melanggan MaxisOne 188 mendapat tambahan data paling banyak (25GB hari biasa, 25GB hujung minggu).

Tidak terkecuali, talian tambahan MaxisOne Share turut mendapat data sebanyak 5GB (4G sahaja) menjadikan ia 10GB sebulan. Walaubagaimanapun, anda perlu ingat data tambahan hujung minggun ini tidak boleh dikongsi dengan talian yang lain. Untuk tahun 2016, ia merupakan kali kedua Maxis memberi data percuma kepada pelanggan pelan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman pasca-bayar MaxisOne

Sumber: The Star Online