Turut dinaik taraf adalah pelan MaxisOne 128, MaxisOne 158, MaxisOne 188 yang mana data anda akan digandakan seperti yang tertera di carta bawah.
" Kita telah melihat pengguna gemar menggunakan data dan menikmati pelbagai perkara melalui rangkaian 4G kami. Kebanyakkan pengguna aktif menggunakan telefon pada hujung minggu terutama sekali untuk hiburan dan menonton video, dan oleh sebab itu kami menambah data hujung minggu ke dalam pelan MaxisOne," kata Dushyan Vaithiyanathan. Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.
" Naik taraf berterusan pelan MaxisOne adalah berdasarkan peningkatan penggunaan data. Ini merupakan komitmen kami dalam memberikan servis terbaik buat pengguna."
Jika dilihat pada carta diatas, pengguna yang melanggan MaxisOne 188 mendapat tambahan data paling banyak (25GB hari biasa, 25GB hujung minggu).
Tidak terkecuali, talian tambahan MaxisOne Share turut mendapat data sebanyak 5GB (4G sahaja) menjadikan ia 10GB sebulan. Walaubagaimanapun, anda perlu ingat data tambahan hujung minggun ini tidak boleh dikongsi dengan talian yang lain. Untuk tahun 2016, ia merupakan kali kedua Maxis memberi data percuma kepada pelanggan pelan mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman pasca-bayar MaxisOne
Sumber: The Star Online
Berkaitan
- iPhone Lebih Kecil, Lebih Murah Akan Dihasilkan Seawal Februari Ini
- Sokongan WhatsApp Ditamatkan Untuk Kesemua Telefon Berikut
- G-Dragon Duta OPPO F3 Dan F3 Plus
- Xiaomi Berusaha Keras Untuk Pengeluaran Besar-Besaran Pengecasan Pantas 100W
- Perbezaan Antara Nintendo Switch Dan Nintendo Switch Lite Yang Baru Diumumkan
- Tiada Sambungan Internet? Google Ada Sediakan Permainan Tersembunyi Untuk Anda
- Jualan Keseluruhan iPhone Diramal Cecah 2 Bilion Unit
- Maxis Lancar Perkhidmatan NB-IoT Komersial Pertama Di Malaysia
- Facebook Bangunkan Ciri FaceID Untuk Aplikasi Messenger
- Perancis Haramkan Penggunaan Telefon Didalam Kereta, Walaupun Berhenti Di Tepi Jalan