Maxis Dan Microsoft Mempercepatkan Penggunaan Penyelesaian Digital Inovatif Bagi Perniagaan Di Malaysia

Sejajar dengan cita-cita untuk menjadi penyedia ICT dan penyelesaian utama bagi pelanggan Enterprise, Maxis mengumumkan kerjasamanya dengan Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd.

Melalui Memorandum Persefahaman (MoU), permasalahan digital inovatif bagi organisasi di Malaysia dapat diselesaikan menggunakan kepakaran dan teknologi masing-masing. Dengan kerjasama ini, Maxis turut menawarkan panggilan suara talian tetap dengan komunikasi bersepadu Microsoft Teams sebagai sebahagian daripada penyelesaian Modem Workspace Microsoft.

maxis and microsoft

MoU akan memperlihat kedua-dua pihak ini bekerjasama dalam tiga bidang utama, yang menyasarkan perusahaan komersial dan sektor awam.

1. Kepimpinan Maxis dalam IoT dan 5G serta teknologi Azure IoT canggih Microsoft membolehkan industri untuk membina utiliti pintar dan aplikasi lain yang berkaitan.

Ini akan memacu pertumbuhan ekonomi dan digitalisasi di Malaysia ke arah bandar pintar di setiap bandar.

2. Perkongsian ini akan memanfaatkan perkhidmatan awan Microsoft Azure dan Azure Stack untuk meningkatkan perkhidmatan awan Maxis. Ia juga memenuhi keperluan hibrid awan perniagaan di Malaysia.

Matlamat Maxis untuk menjadi penyedia penyelesaian sehenti bagi penyelesaian IoT unntuk perniagaan adalah hasil peting kerjasama ini. Perniagaan akan dapat mewujudkan aplikasi IoT perindustrian yang lebih baru dan analisis data untuk menyelesaikan masalah perniagaan dan keperluan pasaran.

3. Maxis akan menggunakan penyelesaian Modern Workplace Microsoft termasuk Microsoft Teams bagi memberikan keupayaan dan fleksibiliti pekerja mereka untuk mengintegrasikan kerja, kehidupan dan keluarga.

Ini termasuk keupayaan dan proses untuk bekerja dari mana saja dengan sambungan rangkaian. Ia membawa manfaat kepada perniagaan dari segi peningkatan produktiviti dan pencapaian pekerja  berdasarkan pengalaman.

Maxis akan menggunakan perjalanan transformasi dalaman mereka sebagai demonstrasi penerapan budaya Modern Workplace bagi memberi inspirasi kepada perniagaan dan organisasi untuk mengamalkannya.

Turut dimasukkan di dalam MoU, Microsoft akan berkongsi pengetahuan dan kepakarannya dalam bidang teknologi IoT dan Cloud. Ia untuk mempelbagaikan aplikasi penawaran Maxis dalam bidang pembangunan bandar pintar, utiliti pintar dan penyelesaian lain yang berkaitan.