Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis Dan Malaysia Airports Bekerjasama Menjadikan KLIA Lapangan Terbang Digital 5G Pertama Di Malaysia

Maxis Dan Malaysia Airports Bekerjasama Menjadikan KLIA Lapangan Terbang Digital 5G Pertama Di Malaysia

Diterbitkan September 22, 2021 oleh ariff bukhari

Malaysia Airports  telah memilih Maxis sebagai rakan kongsi utama mereka bagi mengurus dan memperkemas perkhidmatan kesalinghubungan Malaysia Airports.

Menerusi kerjasama itu, Maxis akan menguruskan perkhidmatan dan penyelesaian rangkaian WiFi dan 5G di lapangan terbang utama negara, KL International Airport (KLIA) yang mensasarkan untuk wujudkan Lapangan Terbang Digital 5G pertama di Malaysia.

Maxis menyatakan, ketersediaan perkhidmatan dan penyelesaian rangkaian 5G di lapangan terbang oleh mereka akan memudahkan dan meningkatkan transformasi ekosistem digital KLIA (termasuk KLIA2) dalam semua aspek termasuk kesalinghubungan dan pengembangan penyelesaian pintar.

“Dengan kerjasama ini, kedua pihak akan bersama membuat kes penggunaan dan penyelesaian 5G untuk Smart Travel and Tourism, serta Smart Retail dan Smart Security. Kami berharap perkongsian ini dapat mengubah lapangan terbang kami menjadi Smart Airport,” Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports.

Maxis menyatakan keyakinan mereka bahawa dengan kesalinghubungan terkemuka yang dimiliki mereka, mereka akan dapat meningkatkan liputan Wi-Fi di kedua-dua terminal di KLIA dan memberikan pengalaman lapangan terbang yang lebih baik kepada pelanggan.

Sumber: Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY