Maxis Dan Dooit Live Akan Anjur Permainan Dengan Hadiah Wang Tunai Bernilai RM 188,000

Aplikasi permainan trivia, Dooit Live, mendapat sambutan yang cukup hangat dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia menawarkan hadiah berupa wang tunai yang perlu dikongsi antara peserta yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul.

Kelmarin, Dooit Live dan Maxis dilaporkan akan menganjurkan 16 sesi permainan bersempena sambutan Tahun Baru Cina, bermula pada 4-19 Februari depan.

  • 4 Februari 2019 (9.30 malam)

  • 5-19 Februari 2019 (12.00 tengahari)


Wang tunai berjumlah RM188,000 disediakan untuk tempoh permainan yang disebutkan diatas (*mungkin RM11,750 satu sesi permainan).

Jadi bagi pemain bolehlah siap sedia menambah pengetahuan am anda untuk merebut wang tunai yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman web Maxis

https://www.youtube.com/watch?time_continue=313&v=IxoZbTlogD8