5 Syarikat telekomunikasi utama di Malaysia ini menawarkan pakej menarik bagi pelanggan mereka memiliki Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10+.
Peranti pintar terbaru Samsung Galaxy Note 10 telah pun mula ditawarkan di Malaysia. Untuk lebih nilai, anda boleh dapatkannya menerusi pakej-pakej menarik yang ditawarkan dari 5 syarikat telekomunikasi utama ini.
Maxis
Maxis menawarkan kepada pelanggannya untuk memiliki bukan satu tetapi 2 Galaxy Note 10 hanya pada harga dari RM199/bulan. Untuk model Galaxy Note 10+ pula, harganya bermula dari RM139/bulan seunit.
Kedua-dua pakej ditawarkan tanpa memerlukan pelanggan mereka membuat sebarang pembayaran wang pendahuluan serta turut menerima 3 bulan pelan pelindungan kecurian dan kerosakan.
Untuk info lanjut sila layari laman www.maxis.com.my/galaxy-note10.
Celcom
Jika anda bukan pelanggan Maxis, tetapi pelanggan Celcom, anda turut boleh memiliki Samsung Galaxy Note 10 pada tawaran yang menarik dari Celcom.
Seperti Maxis, Celcom juga menawarkan pelangganya membawa pulang 2 unit model Samsung Galaxy Note 10 pada harga dari RM113/bulan atau Note 10+ pada harga dari RM221/bulan. Info lanjut tentang tawaran Celcom ini boleh di dapati di https://shop.celcom.com.my/device-detail/Samsung-Galaxy-Note-10-Plus.
Digi
Bagi pelanggan Digi pula, mereka boleh memiliki Galaxy Note10 serendah RM79/bulan dan RM99/bulan bagi Galaxy Note10+. Ia boleh didapati menerusi pelan Digi PhoneFreedom 365. Info lanjut tentang tawaran hebat Digi ini boleh didapati di laman www.digi.com.my.
U Mobile
Manakala untuk pelanggan U Mobile, mereka dapat memiliki peranti pintar Samsung Galaxy Note10+ dengan storan berkapasiti 512GB hanya pada harga serendah RM100/bulan sahaja menerusi pelan U Mobile’s UPackage bundle.
Yes
Yes juga tidak ketinggalan turut sama menghangatkan lagi kehadiran Samsung Galaxy Note10+ 512GB di mana pelanggan mereka boleh memiliki peranti tersebut hanya pada harga RM3,799 (RRP RM4,799). Layari laman www.yes.my atau kunjungi Yes Store berdekatan anda bagi mendapatkan info lebih lanjut tentang tawaran ini.
Berkaitan
- Siri vivo V Sambut Ulang Tahun Ke-8, Dapatkan Pin Tambah Nilai TnG Bernilai RM100
- Pelanggan YouTube Premium Kini Boleh Memuat Turun Video Berdefinisi Penuh 1080p
- Tentera Korea Dilaporkan Mungkin Haramkan iPhone, Samsung Galaxy Kekal Dibenarkan
- Xiaomi Mi 10 Ultra Menguasai Carta Antutu Bagi Bulan Ogos
- Tonton Promo EP 1 BoBoiBoy Galaxy SORI, Jam Kuasa Baru Dah Siap
- 1/3 Pengguna Windows Sudah Menaik Taraf Kepada Versi Windows 10 2004
- Mengutamakan Pelanggan, Samsung Malaysia Teruskan Kecemerlangan Di Putra Brand Awards
- Google Lepaskan Kemas Kini Kritikal Untuk Android 10, 11 Dan 12
- Kemas Kini Pilihan Windows 10 KB4517211 Membaik Pulih Pelbagai Isu Windows Sebelum Ini
- Penyelidik Mendakwa Terdapat Kecacatan Keselamatan Kritikal Pada 100 Juta Telefon Pintar Samsung