Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Maxis Bawa Teknologi VR Dalam Program eKelas Ke Langkawi

Posted on Disember 31, 2019

Dalam mempamerkan pendidikan 5G, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut ada menyatakan yang syarikat telekomunikasinya sudah melihat potensi kesan kesalinghubungan tersebut melalui program komuniti Maxis eKelas.

Program itu mengetengahkan pembelajaran digital untuk pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar dengan tujuan dapat meningkatkan prestasi mereka.

Syarikat Maxis juga telah mengerahkan penggunaan VR bagi pembelajaran sains dalam program eKelas tersebut, dan ia sudah dijalankan di Pusat Internet Kampung Padang Wahid, Langkawi.

Sebagai contoh, sebuah kelas sedang belajar mengenai sel haiwan misalnya, apabila menggunakan teknologi VR, ia akan berfungsi sebagai satu pengalaman yang mendalam. Dapat juga memudahkan serta membantu mereka untuk lebih cepat memahami.

“Kini, Maxis sudah mempunyai lebih daripada 13,000 pelajar di seluruh Malaysia yang disambungkan dengan program ini. Dengan adanya pendidikan 5G, ia dapat meningkatkan lagi program ini dengan membawa eKelas ke peringkat baharu untuk meneroka aplikasi realiti maya,” kata Gokhan dalam kenyataannya di Bernama.

Program ini telahpun diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran, dan ia merupakan perkongsian di antara Maxis dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Pelajar layak untuk mendapatkan markah kokurikulum daripada penyertaan mereka dalam eKelas tersebut.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress