Maxis Amalkan Langkah Pencegahan Covid-19 Untuk Melindungi Pekerja Dan Pelanggan

Sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh kerajaan berkenaan wabak Covid-19, syarikat telekomunikasi Maxis hanya meneruskan operasi di bawah perkhidmatan yang penting sahaja.

Maxis juga menasihatkan pekerja untuk bekerja dari rumah bermula 17 Mac. Pekerja yang bekerja dari rumah akan dilengkapi dengan sewajarnya untuk meneruskan perniagaan seperti biasa dan memenuhi keperluan pelanggan.

Pekerja yang perlu hadir ke pejabat untuk melaksanakan tugas, mereka perlu lakukan langkah berikut untuk meminimumkan risiko :

  • Pekerja wajib untuk memakai topeng muka di tempat kerja

  • Pembersih tangan disediakan untuk semua pekerja di tempat kerja

  • Peningkatan terhadap kekerapan pembersihan termasuk hujung minggu dan selepas waktu bekerja

  • Telefon demo di semua Pusat Maxis dibersihkan setiap jam

  • Pemeriksaan suhu untuk semua kakitangan dan pelanggan yang melawat di semua pejabat utama Maxis dan pusat operasi teknikal


Selain itu, Maxis turut menangguhkan semua acara dan perhimpunan dalaman serta luaran sehingga notis selanjutnya. Maxis akan menggunakan alternatif lain seperti acara secara maya jika perlu.

Maxis juga menggalakkan semua pelanggan dan orang ramai hanya merujuk maklumat dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 

Berkaitan