Masukkan Elemen Animasi kedalam foto anda

Artikel kali ini kami ingin kongsikan cara-cara untuk memasukkan elemen animasi pada foto anda. Sangat menarik, kerana sebahagian foto tersebut akan sentiasa bergerak manakala bahagian yang lain pula adalah pegun. Untuk contoh yang lebih jelas anda boleh rujuk video dibawah.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ydyGiq7hnOg&w=560&h=315]

 

Menarik bukan? Caranya sangat mudah ikuti sahaja langkah-langkah berikut

Langkah 1

Pasang aplikasi Loopsie terlebih dahulu daripada Playstore



Langkah 2

Setelah siap pasang,buka aplikasi tersebut dan tekan tombol "rekod" untuk memula kan rakaman. Untuk mendapatkan hasil gambar loopsie yang mantap pastikan tangan anda tidak bergoyang ketika rakaman dibuat.



Langkah 3

Untuk menentukan bahagian gambar yang ingin dijadikan animasi, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan melorekkan bahagian tersebut. Selesai.



 

Foto anda tidak akan "boring" lagi. Itu sahaja perkongisan daripada kami kali ini. Selamat mencuba.