Mastercard Memperkenalkan Kad Kredit Dengan Pengimbas Cap Jari

Mastercard sedang cuba mengeluarkan kad kredit mereka beserta dengan pengimbas cap jari.

Kad kredit itu sekarang tengah dicuba di Afrika Selatan bertujuan untuk mengelakkan penipuan kad kredit.

Pengimbas cap jari akan diletakkan dibawah lapisan plastik kad kredit membolehkan pelanggan melakukan pembayaran menggunakan cap jari tanpa menggunakan no PIN ataupun tanda tangan.

Pihak Mastercard berkata kad kredit biometrik itu akan berfungsi untuk cip di dalam kad sedia ada dan tidak memerlukan terminal baru untuk kedai yang menawarkan pembayaran kad kredit.

Ketua Keselamatan Mastercard, Ajay Bhalla berkata pengimbas cap jari akan memberi kesenangan kepada pelanggan termasuk dengan keselamatan data itu sendiri.

Sumber

Berkaitan