Syarikat pengeluar berusaha keras dalam membangunkan antaramuka, bertujuan memberikan pengalaman yang berlainan kepada pengguna disamping memaksimakan keupayaan peranti.
Selain daripada perkakasan, antaramuka juga merupakan faktor penarik kepada pengguna dalam memilih sesuatu peranti.
Kebiasaannya pengeluar akan membangunkan antaramuka yang sarat dengan ciri dan aplikasi atau antaramuka Android Asli yang lebih ringan.
Susulan dari itu, Master Lu, platform penanda aras China telah berkongsi 10 antaramuka Android terbaik.
Seperti yang boleh anda saksikan, HydrogenOS dari OnePlus menakluki takhta teratas diekori oleh EMUI (Huawei), dan antaramuka Smartisan, dibangunkan oleh syarikat pengeluar dari China.
1. HydrogenOS - OnePlus
2. EMUI - Huawei
3. Smartisan OS - Smartisan
4. MIUI - Xiaomi
5. Color OS - OPPO
6. Samsung Experience - Samsung
7. Google Pixel UI - Google
8. HTC Sense - HTC
9. FunTouch OS - Vivo
10. nubia UI - Nubia
Senarai dibuat berdasarkan prestasi terbaik pada platform komputer meja, kelajuan boot-up, load kandungan web, paparan foto, salinan foto, dan beberapa operasi lain.
Antaramuka mana yang lebih baik adalah perkara yang subjektif kerana ia berbeza mengikut citarasa serta cara pengguna menggunakannya.
Perlu diingat, ini adalah penanda aras dari China dan semestinya ia menyenaraikan antaramuka Android disana. Seperti contoh antaramuka OnePlus, hydrogen OS hanya untuk pasaran China, dan Oxygen OS untuk pasaran antarabangsa.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- Khabar Angin - Spesifikasi Samsung Galaxy S10, S10 Lite, S10+ Dan S10+ 5G
- Samsung Keluarkan Poster Membandingkan Markah DxOMark Galaxy S10+ Dan Huawei P30 Pro
- Huawei Nova 5T Mula Terima Kemaskini EMUI 10 Berasaskan Android 10
- Selepas Ini Mungkin Tiada Samsung Galaxy S10
- Foto Ini Didakwa Samsung Galaxy Note 7 'Refurbished'
- Cara Untuk Perbaharui Pasport Secara Online
- Shopee Dan Samsung Bakal Adakan Promosi Dengan Diskaun Sehingga 45%
- Bukan Lagi Khabar Angin, Google Pixel 2 Sah Hadir Di Pasaran Tahun Ini
- Xiaomi Note 4X dan Mi 6 Menjadi Peranti Terawal Menerima Kemaskini MIUI 9
- Samsung Galaxy A31 Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM1099