Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Melepaskan Kemas Kini Kumulatif KB4517389 Bagi Pengguna Windows 10 v1903

Masih Guna Windows 10? Anda Patut Pasang Kemas Kini Terbaru Ini

Diterbitkan Januari 26, 2022 oleh ariff bukhari

Jika anda masih menggunakan sistem operasi Windows 10 untuk komputer anda, adalah disyorkan supaya anda memuat turun dan memasang segera kemas kini terbaru yang tawarkan Microsoft kepada para penggunanya.

Untuk pengetahuan anda, Microsoft telah pun melepaskan kemas kini kumulatif pilihan KB5009596 untuk Windows 10.

windows update

Menerusi kemas kini ini, Microsoft bukan sahaja memperbetulkan beberapa isu yang dihadapai pengguna ssebelum ini, tetapi juga turut perkenalkan beberapa ciri baru.

Antara kandungan utama kemas kini kumulatif KB5009596 ini adalah seperti memperbetulkan isu sambungan USB mesin pencetak, isu audio di pelayar Microsoft Edge serta isu sambungan Bluetooth.

Microsoft juga memuatkan ciri baru pada Windows 10 dengan perkenalkan ciri  “Sync Your Settings“. Ciri baru ini membolehkan pengguna membuat salinan (backup) dan mengekalkan senarai aplikasi-aplikasi yang ada dipasang dalam komputer ke dalam akaun Microsoft anda.

Sekaligus memudahkan proses restore dibuat apabila anda menaik taraf kepada Windows 11 pada peranti sama atau peranti lainnya.

sync your setting

Anda boleh menyemak penawaran kemas kini terbaru ini menerusi Windows Update dalam Settings Windows 10 dan lihat di bahagian Optional updates available.

Sumber: microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY