Masih Ada Sinar Untuk MaGIC?

Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) akan beroperasi seperti biasa cuma sumber pembiayaan kewangan masih belum jelas.

Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Ashran Ghazi berkata Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng telah bersetuju untuk meneruskan program MaGIC. Program seperti Global Accelerator Programme (GAP) telah diberi lampu hijau oleh Guan Eng.

Walau bagaimanapun perbincangan mengenai peruntukan kewangan dari kerajaan tidak dibincangkan bersama. Sebelum itu, Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng telah menghadiri acara rasmi MaGIC di Cyberjaya.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat keputusan akan menutup beberapa agensi berkaitan kerajaan bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan persekutuan.

MaGIC berfungsi sebagai badan yang membantu syarikat-syarikat startup dalam menyediakan platfom dan latihan intensif. Setakat ini, program GAP telah menarik pelaburan bernilai lebih RM 400 juta.

Sumber