Masalah Kemas Kini Firmware Pada Peranti Mi A3 Telah Dibaik Pulih

Terdahulu, kami telah melaporkan Xiaomi secara tidak sengaja telah melepaskan kemas kini firmware kepada pengguna global Mi A3. Syarikat itu kemudiannya telah meminta pengguna untuk tidak memasang kemaskini V11.0.3.0.QFQMXTC bersaiz 1.40GB.



Bagaimanapun, sebelum perkara itu dimaklumkan, beberapa pengguna terlebih dahulu telah memasang kemas kini tersebut. Ia membawa kepada beberapa masalah termasuk dwi-SIM yang gagal berfungsi.

Terbaru, Xiaomi telah memberi kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut. Menurut Xiaomi,

"We are aware of a software update issue on a few Mi A3 devices. On further investigation, we have identified a technical issue due to which a software update not meant for some users was shared inadvertently. This issue has been fixed already from our side and our technical teams are working on a recovery solution that will be rolled out soon."

Masalah tersebut kini telah dibaik pulih dan akan dilepaskan melalui kemas kini OTA. Pada masa ini, belum ada tempoh yang tetap mengenai kemas kini itu, namun dijangka akan dilepaskan tidak lama lagi.