Masalah "File too large" Untuk Disalin Pada "Thumbdrive"

Kepada anda yang mengalami masalah fail yang tidak dapat disimpan pada storan mudah alih. Salah satu puncanya adalah disebabkan  format pada storan tersebut tidak menyokong untuk salinan fail melebihi 4GB.



Untuk mengatasi masalah ini sangat mudah, pertama sekali, pasang peranti tersebut pada PC ataupun Laptop. Kemudian klik kanan pada ikon storan tersebut. Apapun, sebelum anda lakukan kaedah berikut pastikan semua fail yang disimpan pada storan tersebut sudah dilakukan Backup terlebih dahulu.



Pilih menu Format



Pada paparan berikut, pilih menu format NTFS kemudian klik pada tombol Start. Tunggu sehingga prosesnya selesai.



Maka dengan itu semua fail yang bersaiz besar sudah dapat disimpan pada storan tersebut tanpa sebarang masalah lagi.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan