Permainan MOBA MARVEL Super War Akan Dilancarkan Secara Rasmi 19 November Ini

Permainan genre MOBA berasaskan francais popular, Marvel Super War akan menemui pengguna Android dan juga iOS pada 19 November ini. Ia akan tersedia untuk beberapa rantau iaitu Thailand, Indonesia, Filipina, Singapore, Malaysia dan India.

Untuk makluman, permainan ini merupakan MOVA 5-lawan-5 yang menampilkan pelbagai hero dan musuh dalam Marvel. Karakter popular seperti Iron Man, Thor, Hulk, dan Captain America adalah antara watak yang akan dimainkan nanti.



Pembangun permainan tersebut, NetEase telah melepaskan sebuah video trailer selama 12 minit yang memaparkan kesemua karakter yang akan dimainkan. Jadi tonton video tersebut untuk pastikan karakter kegemaran anda akan ada atau tidak nanti.

https://youtu.be/KmmFjKdVIfI

Sama seperti kebiasaan genre MOBA, terdapat 3 lane utama yang boleh dipilih dan pemain harus menyerang menara-menara yang terdapat di sepanjang lane hinggalah sampai kepada pengkalan musuh. Permainan adalah percuma untuk dipasang namun seperti kebiasaan akan terdapat pembelian dalam permainan.

Sumber: Marvel Super War

Berkaitan