Marvel Mahu Dapatkan Semula Hak Keatas X-Men, Deadpool & Fantastic Four Tahun Hadapan

Seperti yang kita tahu, Marvel telah membahagikan hak ke atas watak-watak adiwira mereka kepada beberapa syarikat lain seperti SONY dan 20th Century Fox.

Antara watak popular yang bukan berada di bawah bidang kuasa Marvel Cinematic Universe(MCU) ialah X-Men, Deadpool dan Fastastic Four.

Kapsyen: MovieWeb


Namun, mereka dilaporkan mahu mendapatkan semula hak ke atas tiga siri tersebut seawal tahun hadapan.

Ketua Marvel Studios, Kevin Feige tidak dapat memberikan tarikh tepat bagi pengambil-alihan berkenaan, namun menjangkakan ia akan berlaku pada separuh pertama 2019.

Berita ini ternyata memberi keterujaan kepada peminat Marvel yang mahukan lebih banyak lagi watak yang dapat digabungkan dalam satu filem yang sama.

 

Sumber: CNET

Berkaitan