Markah Penanda Aras Antutu Bagi Snapdragon 855 Diperolehi, Jauh Tinggalkan Kirin 980

Peranti pertama dengan cip pemprosesan terbaharu Qualcomm, Snapdragon 855 masih belum dilancarkan sehingga hari ini. Oleh sebab itu, ramai tertanya-tanya mengenai kemampuan sebenar sistem cip berkenaan.

Mereka yang dimaksudkan mungkin sudah mendapat jawapan bagi persoalan tersebut apabila satu markah penanda aras Antutu bagi cip itu telah didedahkan baru-baru ini.

Kapsyen: Antutu via Wccftech


Melihat kepada graf bar di atas, Snapdragon 855 yang diuji pada peranti yang tidak diketahui telah memperolehi markah tertinggi keseluruhan(362,110), jauh meninggalkan pencabar terdekat Mate 20 dengan Kirin 980(309,130).

Ia juga dilihat menguasai semua kategori ujian kecuali bagi kategori memori apabila tewas kepada Kirin 980.

Bagaimana pula dengan prestasinya berbanding dengan cip A12 Bionic keluaran Apple? Markah keseluruhan bagi iPhone XS(363,525) telah  mengatasi markah yang diperolehi oleh Snapdragon 855 dengan nisbah yang kecil.

Kapsyen: Antutu via Wccftech


Akan tetapi, pemerhati berpendapat bahawa ia mungkin akan dapat mengatasi A12 Bionic sekiranya diuji pada peranti yang sebenar nanti.

Untuk mengetahui kebenaran dakwaan berkenaan, kita perlu nantikan peranti-peranti dengan Snapdragon 855 dirasmikan terlebih dahulu.

 

Sumber: Wccftech