Mark Zuckerberg Perkenalkan FB5, Versi Terkini Facebook Berwajah Baru

Antaramuka FB5 lebih ringkas, lebih pantas serta lebih pelbagai ciri-ciri menarik yang mudah dicapai pengguna.


Pada hari pertama persidangan F8 2019, yang telah berlangsung pada 30 April baru-baru ini, CEO Facebook Mark Zuckerberg telah mengumumkan versi terbaru Facebook yang dikenali sebagai FB5.

FB5 menjadikan antaramuka aplikasi Facebook di peranti pintar serta di aplikasi pelayar lebih ringkas dan lebih pantas.

Kapsyen: Kredit imej: Facebook


Antaramuka baru Facebook FB5 juga lebih mengutamakan grup di mana rekaan tab grup akan lebih mudah dicapai, lebih memudahkan para pengguna Facebook menyertai grup yang disukai serta ciri terbaru yang khusus menyokong sesebuah komuniti.

Kapsyen: Kredit imej: Facebook


Facebook menyatakan bahawa FB5 ini sudah pun mula dilepaskan kepada para pengguna aplikasi Facebook.

Jadi, sebahagian pengguna aplikasi Facebook mungkin sudah pun mula nampak beberapa perubahan pada aplikasi tersebut selepas ia dikemaskini pada versi terbaru di peranti pintar anda.



Manakala bagi penggunaan Facebook di aplikasi pelayar komputer pula, laman Facebook terbaru FB5 ini hanya akan dikemaskini dalam beberapa bulan akan datang.