Mark Zuckerberg Meminta Maaf Bagi Pihak Facebook Kerana Platform Itu Menimbulkan Kekacauan Politik Semasa Pilihanraya

CEO Facebook, Mark Zuckerberg telah meminta maaf atas peranan Facebook yang menyebabkan perpecahan di antara masyarakat pada 30 September.

Zuckerberg tidak menyatakan secara terperinci punca kepada masalah tersebut namun perkara ini tidak menjadi rahsia lagi. Siasatan terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donalad Trump yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Russia telah mendedahkan beberapa peranan penting sosial media yang boleh mengubah pendapat orang ramai mengenai calon presiden.

Platform sosial media seperti Facebook mengakui telah dimanipulasi oleh 'troll farm' Russia yang telah membeli hingga RM 42,500 nilai iklan di Facebook yang telah memberi impak dalam pilihanraya presiden Amerika Syarikat yang lepas. Jika sebelum ini Zuckerberg menggelarkan pendapat yang mengatakan berita palsu boleh mempengaruhi sesuatu pilihanraya adalah sesuatu yang 'gila', nampaknya pendiriannya sudah berubah.

Zuckerberg meminta maaf bagi pihak Facebook berkenaan perkara tersebut dan berjanji akan berusaha dengan lebih keras bagi memastikan platform itu tidak dapat dimanipulasi oleh sesiapa.

Berita palsu dan akaun palsu merupakan 2 masalah besar buat Facebook dan mereka sudah mula mengambil langkah-langkah sepatutnya bagi membendung masalah ini.