Antara maklumat yang didedahkan melalui kebocoran data tersebut termasuk nombor telefon, nama, lokasi, status, pekerjaan, tarikh lahir dan alamat e-mel.
Ironinya, Mark Zuckerberg yang merupakan pengasas Facebook turut tidak terkecuali daripada kebocoran data tersebut dan sekali gus mendedahkan nombor telefonnya.
Apa yang menarik perhatian, melalui nombor telefon itu juga, ia turut mendedahkan Mark Zuckerberg menggunakan Signal. Perkara ini dikongsikan oleh penyelidik keselamatan siber, Dave Walker menerusi Twitter.
Umum mengetahui, aplikasi permesejan Signal merupakan antara pesaing terbesar kepada WhatsApp.
https://twitter.com/daviey/status/1378646544719753216?s=21
Walaupun begitu, ini tidak bermakna ia digunakan untuk kegunaan harian. Tidak mustahil Mark Zuckerberg hanya mendaftar aplikasi Signal bagi mencuba serta melihat bagaimana aplikasi pesaing yang lain berfungsi, dan seterusnya menambah baik aplikasi yang dimiliki olehnya.
Berkaitan
- Ini Cara Lebih Mudah Hantar Mesej Kepada Diri Sendiri Di WhatsApp
- Masalah Log Keluar Akaun Facebook Adalah Disebabkan 'Perubahan Konfigurasi'
- Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar Gambar, Video HD Secara Automatik
- Google Sahkan Paparan Akses Mikrofon Di WhatsApp Adalah Pepijat Android
- Paparan Iklan Di Aplikasi WhatsApp Masih Dalam Perancangan
- Meta Rancang Tambah Lebih Banyak Ciri Berbayar Di Facebook, WhatsApp Dan Instagram
- 'Backup' WhatsApp Untuk Android Tidak Lagi Percuma Dengan Storan Tanpa Had
- Ciri Panggilan Video Dan Audio Melalui WhatsApp Web Mula Dilepaskan Kepada Pengguna
- WhatsApp Uji Ciri Perkongsian Skrin
- WhatsApp Perkenal Ciri 'Voice Chat' Seakan Discord