Mark Zuckerberg Arahkan Eksekutif Untuk Guna Peranti Android Sahaja

Baru-baru ini CEO Appl, Tim Cook telah memberi satu komen berbaur sindiran terhadap kelemahan sistem keselamatan yang ada pada Facebook. Sebagai tindak balas, Mark Zuckerberg hari ini telah mengarahkan supaya semua pegawai eksekutifnya untuk berhenti menggunakan iPhone.

Apple sememangnya terkenal sebagai satu syarikat yang sangat menjaga data dan privasi pengguna, berbeza dengan Facebook. Syarikat milik Mark Zuckerberg itu sudah beberapa kali didakwa menjual data peribadi pengguna kepada pihak ketiga tanpa kebenaran. (9to5MAc)

Kapsyen: Kredit:3indubai


Walaubagaimanapun, dalam laporan berlainan, Mark dikatakan mengeluarkan arahan tersebut atas alasan sistem Android digunakan dengan lebih meluas di peringkat global berbanding iOS.

Kenyataan ini juga dilihat ada kebenarannya. Ini kerana sistem Android mempunyai lebih ramai pengguna berbanding iOS di kebanyakan pasaran di luar Amerika. (The Verge)

Apa pun, niat sebenar Mark Zuckerberg mengeluarkan kenyataan ini hanya dia dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Mungkin Mark tiada niat untuk membalas kenyataan Tim Cook, cuma arahan yang beliau keluarkan ini kurang tepat pada waktunya(selepas Tim Cook mengeluarkan komen beliau).

 

Sumber: 9to5Mac    The Verge