Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Mario Kart Tour’ Kini Boleh Dimainkan Dalam Mod Landskap

‘Mario Kart Tour’ Kini Boleh Dimainkan Dalam Mod Landskap

Diterbitkan Julai 21, 2020 oleh Nadiah Ab

mario kart tour dalam mod landskap

Apabila Nintendo melancarkan permainan Mario Kart Tour untuk Android dan iPhone tahun lepas, ia menimbulkan banyak persoalan. Antaranya adalah tidak menawarkan fungsi berbilang pemain dan juga hanya boleh dimainkan dalam mod potret.

Mod berbilang pemain telah ditambah pada bulan Mac, dan hari ini, akhirnya Mario Kart Tour kini boleh dimainkan dalam mod landskap. Anda kini boleh beralih antara potret dan landskap semasa bermain.

Here's a sneak peek at some of the content that's planned for the next #MarioKartTour update. Players will have the option of racing in either the existing portrait mode or the new landscape mode! Landscape mode includes a new control layout, so find your favorite way to play! pic.twitter.com/KchRRfnGtj

— Mario Kart Tour (@mariokarttourEN) July 20, 2020

Dilancarkan pada bulan September 2019, Mario Kart Tour menampilkan siri permainan perlumbaan go-kart popular pada telefon pintar.

‘Mario Kart Tour’ Kini Boleh Dimainkan Dalam Mod Landskap

Perlumbaan dalam mod landskap dilengkapi dengan susun atur kawalan baru yang meletakkan kawalan stereng di sebelah kiri, yang semestinya lebih biasa bagi orang yang pernah bermain Mario Kart di konsol.

Tidak seperti tetapan sebelumnya, kini anda tidak perlu menekan butang apa pun untuk mempercepatkan karakter anda dan hanya perlu klik skrin untuk menggunakan item. Selain itu, anda juga boleh menggeser jari ke kiri atau kanan atau mencondongkan telefon untuk anda kemudi karakter.

Sumber: The Verge & engadget

Baca seterusnya: LEGO x Nintendo – 2,646 Keping LEGO Replika Permainan Super Mario Bros

 

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY