Kit ujian COVID-19 itu dikenali sebagai 'ImmuSAFE'.
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Sengenics Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi bekerjasama membangunkan kit ujian COVID-19 kualitatif dan kuantitatif pertama di dunia untuk digunakan oleh industri.
“We are excited to work with the MARii team in supporting their initiatives to reduce the economic impact of the COVID-19 pandemic on industry and look forward to integrating our diagnostics expertise with cutting-edge, real-time healthcare solutions at industry and factory level.” Johan Hafiz bin Iskandar, Pengarah Sengenics.
Kit ujian yang dikenali sebagai 'ImmuSAFE' itu dibangunkan bagi mengesan dan mengira kadar perlindungan antibodi SARS-CoV2 ke atas setiap individu.
Ia sekaligus dapat melakukan diagnosis yang lebih cekap bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit dalam industri dan komersial.
“The outcomes of this MoU will not only result in a significant breakthrough in our fight against COVID-19, but is an important milestone in the development of new medical products, services that are based on IoT-based technologies and accurate information derived from the unlimited possibilities in big data management.” Dato’ Madani Sahari, CEO MARii.
Kerjasama ini diharapkan agar ia bukan setakat dalam menangani wabak COVID-19 sahaja, sebaliknya juga akan menjadi pemangkin pembangunan produk perubatan baharu, perkhidmatan berasaskan teknologi IoT dan pengumpulan maklumat tepat yang dilakukan melalui pengurusan data raya.
Sumber: Marii
Berkaitan
- Apple Dan Google Mengumumkan Bekerjasama Melawan Covid-19
- Fasiliti Penyelidikan COVID-19 Diserang Ransomware Selepas Pelajar Memasang Perisian Cetak Rompak
- Cara Laporkan Keputusan Ujian Kendiri COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera
- Rakyat Malaysia Yang Pernah Positif COVID-19 Dijemput Sertai Penyelidikan Antibodi COVID-19
- 67% Rakyat Malaysia Bersetuju Menerima Vaksin COVID-19
- Pembekal Kamera iPhone Terpaksa Hentikan Operasi Berikutan Penularan Wabak Covid-19 Di Kilang Mereka
- 5 Suspek Dari Perak Dan Pulau Pinang Disiasat Kerana Menyebarkan Berita Palsu COVID-19
- Razer Dalam Usaha Menghasilkan Pelindung Muka Bagi Melawan Covid-19
- Ubat Antiviral COVID-19 Sudah Tiba Di Malaysia
- SKMM Menasihatkan Orang Ramai Merujuk Sumber Sahih Tentang Wabak COVID-19