Mari Sertai Soal Selidik "Pengambilan Alkohol dan Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk".

Bersama kita memperkasakan undang-undang bagi menghukum pemandu mabuk.


Kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan melalui Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat (BLPD) kini sedang menjalankan soal selidik dalam talian mengenai "Pengambilan Alkohol dan Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk".

Dalam satu kenyataan media oleh Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong menyatakan bahawa, beliau telah meminta pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk meneliti semula Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

"Akta ini akan diteliti semula supaya mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan pengguna jalan raya yang lain ini dapat dikenakan hukuman yang lebih berat sekaligus memberi kesedaran dan pengajaran kepada semua pihak. Pada masa yang sama, Seksyen 45 dan 45A yang berkaitan menjaga kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah dan dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan masing-masing juga akan diteliti semula." Wee Ka Siong.



Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia dijemput bersama-sama dalam menjawab soal-selidik berkenaan yang mula dilaksanakan pada 21 Mei 2020 sehingga 4 Jun ini di pautan ini -https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdFO_IIrh6otCgdFLcr9p1-cggYWWfirK6bQu90AWdBhxFVaA/viewform

Jadi, mari bersama kita menjalankan tanggungjawab dengan menyuarakan pandangan masing-masing sekaligus membantu memperkasakan undang-undang bagi menghukum pemandu mabuk.