Mari Ketahui Di Mana Sambungan Internet Yang Ada Pada Hari Ini Bermula

Pada zaman yang serba canggih dan berteknologi kini, internet menjadi sesuatu yang penting dalam kehidupan. Tidak kira bila dan dimana jua, semua orang akan menggunakan internet.

Seperti semua orang tahu, internet adalah rangkaian yang boleh disambungkan ke komputer, telefon pintar, dan tablet menggunakan wifi atau data. Namun, pernahkah kita terfikir, dari mana datangnya internet dan apakah sejarah internet. Internet ialah singkatan kepada “inter-network”.

Dahulunya, internet dikenali sebagai ARPANET(Advanced Research Projects Agency Network). Ia dibangunkan oleh Jabatan Pertahanan US untuk menghubungkan saintis dan profesor universiti di seluruh dunia. Mesej pertama yang dihantar ialah dari UCLA ke Stanford, dan tidak lama selepas itu dua buah universiti lagi iaitu UC Santa Barbara dan University of Utah pula menyertai ARPANET.

Pada 1974, perkataan “internet” mula diguna pakai dan ia merujuk kepada satu rangkaian TCP/IP global yang terperinci. Manakala pada tahun 1976 pula Ratu Elizabeth II menghantar emel pertamanya dari Royal Signals and Radar Establishment (RSRE) di Malvern.

Rangkaian kumpulan berita yang pertama, USENET pula ditubuhkan selepas itu oleh Tom Truscott, Jim Ellis dan Steve Bellovin. Selain itu, AS pula memberi lampu hijau untuk perniagaan komersial menggunakan internet.

Sejarah internet tidak berhenti disitu sahaja. Pada 6 Ogos 1991, Cern melancarkan World Wide Web. Di sinilah bermulanya singkatan “www” yang sering kita temui di alamat-alamat lawan sesawang hari ini.

Dari sudut dunia perniagaan pula, syarikat pizza terkemuka, Pizza Hut menjadi syarikat pertama yang menggunakan pesanan secara atas talian. Manakala Google pula memulakan operasinya pada 1998 dan terus mengorak langkah sehingga berjaya mencapai indeks URL 1 trilion pada 10 tahun kemudian(2008).

Wujudnya media sosial seperti Friendster(2002), MySpace(2003), Facebook(2004) dan diikuti oleh YouTube pada tahun seterusnya menjadikan internet semakin berkembang maju dan menjadi medium yang sering diguna pakai.

Internet semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Ia digunakan secara meluas di merata dunia sejak sedekad yang lalu. Peranannya sebagai perintis perhubungan jarak jauh, menjana pendapatan, dan mendapatkan maklumat tidak akan dapat dinafikan hari ini.

 

Sumber: InfoPlease  Intetics  LiveScience  Investintech

 

Marlya Syafikah

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408