Mari Kenali Fungsi Simbol "Mangga Hijau", "Mangga Kelabu Dengan Tanda Amaran" Dan " Mangga Kelabu Dengan Palang Merah"

Pernah lihat simbol seperti diatas?

Faham maksud yang dibawakan oleh simbol-simbol itu?

Tidak kira apa jua platform enjin carian yang anda guna, pasti simbol "mangga" pernah terpapar pada skrin telefon atau komputer anda.

Simbol mangga tersebut merupakan penanda sesebuah sambungan ke laman web itu selamat ataupun tidak. Ia dipaparkan bersebelahan alamat laman web ataupun pautan url pada laman web yang anda kunjungi.

Dengan adanya simbol itu, pengguna boleh membezakan sama ada laman web itu selamat dikunjungi ataupun ia adalah laman web perisian hasad yang berkemungkinan besar cuba mencuri maklumat peribadi anda.

Terdapat 3 jenis warna mangga yang biasa kita lihat, dan dibawah adalah penerangan ringkas tentang maksud simbol-simbol itu.

Mangga berwarna hijau



Ia bermaksud laman web yang anda kunjungi selamat dan trafik pergi dan balik dari laman web itu disulitkan (encrypted). Disulitkan bermaksud tiada siapa yang boleh membaca...

  • butiran kad kredit

  • kata laluan

  • lain-lain maklumat penting


...dan hanya laman web itu sahaja yang mampu mengakses data anda. Tapi pastikan ejaan nama laman web itu betul dahulu, kerana dikhuatiri laman web palsu turut mendapat pensijilan menggunakan simbol mangga berwarna hijau ini.

Mangga kelabu dengan tanda amaran tiga segi



Ia memberi amaran kepada pengguna bahawa sambungan ke laman web hanya disulitkan separuh sahaja dan tidak dapat menghindarkan dari perbuatan "curi dengar" dari pihak lain.

Jangan hantar sebarang maklumat sensitif pada laman web yang menunjukkan simbol ini.

Mangga kelabu dengan palang merah



Sama seperti keterangan diatas. Laman web yang anda kunjungi mempunyai kandungan yang berpotensi menyerang maklumat anda.

Jangan hantar sebarang maklumat sensitif pada laman web yang menunjukkan simbol ini.

Sekarang anda boleh bezakan maksud simbol mangga itu, betul? Seperkara lagi, pastikan bahawa ejaan nama laman web benar-benar dieja dengan betul dan barulah anda teruskan mengunjungi laman web itu.

Dipendekkan cerita, berhati-hati ketika melayari internet supaya anda tidak menjadi mangsa serangan "Man In The Middle" ataupun teknik perisian hasad yang lain.