Mari Dengar Lagu 'Jom Lawan Coronavirus' Dari Didi & Friends

Siri Animasi popular kanak-kanak iaitu Didi & Friends telah menghasilkan sebuah lagu dan muzik video yang berjudul 'Jom Lawan Coronavirus'. Lagu khas ini telah ditulis dan diterbitkan oleh syarikat Durian Digital bersama komposer Omar K.

Muzik video yang berdurasi dua minit ini, menyampaikan mesej dalam bentuk nyanyian serta tarian berkenaan langkah penjagaan kebersihan dan cara perangi virus Covid-19. Langkah tersebut mempunyai tiga perkara iaitu mencuci tangan, memakai topeng muka ketika tidak sihat dan tidak menyentuk muka.

https://www.youtube.com/watch?v=JRCjl0_3sEs

Lagu ini juga didatangkan dalam versi Bahasa Inggeris yang bertajuk 'Fight Coronavirus'. Muzik video tersebut telah dimuat naik di saluran YouTube mereka dan akan bersiaran secara eksklusif di Astro Ceria dan Ceria HD.

Sumber : Bernama