Mari Dengar Lagu Haa Tepok Versi Realme

Rakyat Malaysia sudah tentu menyukai lagu berjudul ‘’Haa Tepok’’ yang dinyanyikan oleh penyayi rap Malaysia iaitu Meerfly, Kidd Santhe dan K-Clique. Baru-baru ini realme Malaysia telah menjalin kolaborasi dengan Meerfly untuk mengeluarkan satu lagu versi remix khusus buat realme.

Kerjasama ini sangat sesuai dengan slogan mereka iaitu ‘’Dare To Leap’’. Realme ingin membawa peminat lebih dekat dengan mereka melalui muzik. Cara ini juga adalah untuk menghargai peminat-peminat realme yang telah banyak memberikan sokongan kepada mereka sehingga ke hari ini.



"Tahun 2019 merupakan tahun yang luar biasa dan kami telah melalui perjalanan yang menarik dengan para peminat kami dengan terus berpegang teguh kepada visi dan misi kami. Lagu Haa Tepok pasti memberi impak besar kepada peminat kami kerana ia mewakili realiti sebagai jenama muda yang berani mengambil risiko, membuka laluan kita sendiri dan mencabar rekod baru. Kami tidak pernah takut dengan sebarang persaingan kerana ini adalah sikap "Dare To Leap" dan kami harap ia dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang pada tahun 2020 dengan kerjasama ini bersama rapper Malaysia, Meerfly, Kidd Santhe dan MK (K-Clique). " Kata Tiffany The, Pengurus Jenama realme Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=_m0tVyQEDIY

Kerjasama antara realme dan Meerfly sudah bermula sejak November 2019. Peminat realme dapat mendengar versi baru bermula hari ini secara eksklusif di saluran rasmi Meerflymusic YouTube.