Kerjasama ini sangat sesuai dengan slogan mereka iaitu ‘’Dare To Leap’’. Realme ingin membawa peminat lebih dekat dengan mereka melalui muzik. Cara ini juga adalah untuk menghargai peminat-peminat realme yang telah banyak memberikan sokongan kepada mereka sehingga ke hari ini.
"Tahun 2019 merupakan tahun yang luar biasa dan kami telah melalui perjalanan yang menarik dengan para peminat kami dengan terus berpegang teguh kepada visi dan misi kami. Lagu Haa Tepok pasti memberi impak besar kepada peminat kami kerana ia mewakili realiti sebagai jenama muda yang berani mengambil risiko, membuka laluan kita sendiri dan mencabar rekod baru. Kami tidak pernah takut dengan sebarang persaingan kerana ini adalah sikap "Dare To Leap" dan kami harap ia dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang pada tahun 2020 dengan kerjasama ini bersama rapper Malaysia, Meerfly, Kidd Santhe dan MK (K-Clique). " Kata Tiffany The, Pengurus Jenama realme Malaysia.
https://www.youtube.com/watch?v=_m0tVyQEDIY
Kerjasama antara realme dan Meerfly sudah bermula sejak November 2019. Peminat realme dapat mendengar versi baru bermula hari ini secara eksklusif di saluran rasmi Meerflymusic YouTube.
Berkaitan
- OPPO A91 Kini Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM 999
- Vivo Malaysia Bakal Melancarkan Vivo V19 Di Pasaran Tempatan Pada Mac Ini
- realme 5i - Sebuah Lagi Fon Midrange Yang Lengkap
- Huawei Mate Xs Ditawarkan Di Malaysia - Harga RM 11,111 Dijual Bermula 20 Mac 2020
- Grab Malaysia Dijangka Akan Memperkenalkan GrabPay Card Pada Tahun Ini
- Unboxing realme 5i
- Realme Buds Air Habis Dijual 300 Unit Dalam Hanya 60 Saat
- Teknologi 5G Malaysia Akan Beri Tumpuan Ke Atas Sembilan Industri
- OPPO Dapat Pengiktirafan SIRIM Bagi Menggunakan Rangkaian 5G Malaysia
- realme C3 Habis Dijual Dalam Masa 12 Minit