Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Marah Kos Baik Pulih Mahal, Artis China Ini Hempaskan iPhone Ke Lantai

Marah Kos Baik Pulih Mahal, Artis China Ini Hempaskan iPhone Ke Lantai

Diterbitkan September 21, 2023 oleh ariff bukhari

Seorang artis China yang merupakan seorang pelakon bernama Liu Jin telah berkongsikan pengalaman beliau menghantar iPhone miliknya untuk dibaik pulih oleh pihak servis rasmi Apple di China.

Menerusi satu hantaran video yang dirakam di luar stor Apple di Beijing, dia berkongsi bahawa pada 6 September 2023 lalu,  dia telah menghantar iPhone 13 Pro Maxnya untuk diperiksa selepas peranti itu tidak dapat dihidupkan.

Telefon itu dibeli dari stor rasmi Apple dan dia agak baru menggunakannya iaitu selama setahun 19 hari sahaja.

Pada awalnya, beliau dimaklumkan oleh juruteknik bahawa terdapat masalah dengan papan induk dan kos baik pulih iPhonenya akan berharga 4,400 yuan (~RM2,800).

Tetapi selepas menyemak dengan kakitangan perkhidmatan pelanggan, telah disahkan bahawa isu berkaitan perkakasan akan dibetulkan secara percuma.

Namun begitu terdapat isu lain pula muncul. Selepas seminggu, dia telah menerima mesej yang memaklumkan bahawa disebabkan “pengubahsuaian yang tidak dibenarkan pada telefon”, dia akan dicaj sebanyak 6,960 yuan (~RM4,00) untuk pembaikan.

Marah Kos Baik Pulih Mahal, Artis China Ini Hempaskan iPhone Ke Lantai

Beliau menegaskan bahawa dia tidak pernah mengubah suai telefon itu. Tapi dia diberitahu bahawa kesimpulan “berdasarkan pemeriksaan kilang” adalah muktamad.

Menyebabkan dia membatalkan baik pulih telefon tersebut kerana “tidak mampu”.

“Tingkah laku Apple, bertindak sebagai pemain dan pengadil, sangat sombong dan angkuh,” tegasnya, sebelum memecahkan telefonnya ke tanah – dua kali.

“Sebagai pengguna biasa, saya secara rasmi mengisytiharkan saya tidak akan membeli produk Apple lagi. Video ini pastinya bukan untuk menarik perhatian. Hati nurani saya bersih. Saya hanya mempertahankan hak saya. Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang!” katanya.

Respon terhadap video itu, netizen telah tampil dengan pengalaman yang sama dengan Apple. Malah terdapat juga yang mencadangkan dia beralih kepada Huawei.

Berkaitan

  • Bermula iPhone 15, Apple Mudahkan Pengguna Semak Kiraan Kitaran Bateri

Sumber: 8days

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY