Maradona Bengang Mukanya Digunakan Dalam PES 17 Tanpa Kebenaran Beliau

Korang mesti rasa best kan dapat guna karektor Maradona dalam PES 2017, tetapi berlainan pula bagi Maradona sendiri. Menurut satu kiriman di Facebook rasmi lagenda bola sepak Argentina tersebut, Maradona dilihat bengang dengan tindakan syarikat Konami menggunakan karektor beliau di dalam permainan bola sepak dari Jepun itu tanpa kebenaran.

Untitled

"Semalam saya mendapat berita satu syarikat Konami dari Jepun menggunakan imej saya dalam PES 2017. Dukacitanya dimaklumkan saya akan mengarahkan peguam peribadi saya Matias Morla untuk mengambil tindakan lanjut" ujar Maradona.

PES yang dikenali ramai sebuah permainan bola sepak terkenal di dunia terutamanya di Asia. Tetapi kelemahan utama yang sering menjadi perhatian peminat adalah PES tidak mendapat lesen permainan video untuk liga Barclays dan beberapa lagi liga di eropah, tidak seperti pesaing utama meraka FIFA.

Konami masih belum memberi sebarang komen tentang isu ini. So stay tuned for more....

Sumber