Dilancarkan buat pertama kali di India semalam(22 Ogos), peranti ini hadir dengan cip pemprosesan dengan enjin kecerdasan buatan Qualcomm, Snapdragon 845 AIE. Ia turut didatangkan dengan sistem penyejukan cecair bagi memastikan suhu peranti kekal berada di tahap yang optimum.
Selain itu, Poco F1 ini akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 4,000 mAh yang menyokong fungsi pengecasan pantas, Qualcomm Quick Charge 3.0. Dari segi paparan pula, ia menggunakan skrin IPS LCD FHD+ bersaiz 6.18-inci dengan rekaan takuk di bahagian dahi.
Beberapa fungsi menarik lain yang disertakan bersama peranti ini ialah pengesanan wajah infra-merah, MIUI khas bagi Poco serta sistem audio Dirac HD Sound. Dimulakan dengan pengesan wajahnya, sokongan infra-merah akan membantu dalam menyahkunci peranti dengan lebih baik terutamanya ketika dalam suasana kurang cahaya.
MIUI for Poco adalah merupakan antaramuka terbaru dari Xiaomi yang diperkenalkan khas bagi penggunaan peranti Poco. Pengguna akan menikmati pengalaman menggunakan POCO Launcher yang didakwa lebih pantas, kemas dan pintar. Manakala Dirac HD Sound pula akan memberikan kualiti audio yang lebih baik bagi memberi lebih kepuasan semasa mendengar muzik atau menonton video.
Bagaimana pula dengan harganya? Poco F1 ini dilancarkan dengan tiga edisi iaitu 6GB RAM + 64GB, 6GB + 128GB serta 8GB + 256GB. Ia dijual dengan harga Rs 20,999 (~RM 1,231) bagi model 64GB, Rs 23,999 (~RM 1,407) untuk model 128Gb hinggalah ke variasi tertinggi, 256GB yang dipasarkan pada harga Rs 28,999 (~RM 1,700).
Xiaomi dijangkakan tidak akan menunggu lama untuk memasarkan peranti ini di peringkat global pula, di mana mereka dijadualkan akan memperkenalkan Poco F1 ini di Paris, Hong Kong dan Jakarta pada 27 Ogos ini. Kami menjangkakan peranti ini juga akan tiba di Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Sama-sama kita tunggu.
Sumber
Berkaitan
- Buletin Gajet: APEX Legend & PUBG Lite, Xiaomi Mi9 48MP, Smartphone Vivo Baru?
- Xiaomi Redmi Note 5 Berkemungkinan Hadir ke Malaysia Hujung Bulan Ini
- Xiaomi Mi 5s Dilancarkan 27 September Ini
- Pocophone F1 Armoured Edition Akan Mula Dijual Di Malaysia 27 September Ini
- Xiaomi Umumkan Mi Band 4 Akan Dilancarkan Tahun Ini, Namun Bukan Dalam Masa Terdekat
- Xiaomi Mi Mix 2 - Peranti Skrin Hampir Penuh Bersama Snapdragon 835
- Xiaomi Mi9 & Galaxy S10, S10+ & S10e Dilancarkan & Huawei Tak Mahu Kalah Dengan Samsung
- #MWC2019 - Pengalaman Awal Pegang Xiaomi Mi9 Dengan Tetapan 3 Kamera
- Xiaomi Mi 8, Fon Hampir Sempurna
- Xiaomi Lancarkan Jam Pintar Amazfit Dengan Sensor Kadar Degupan Jantung