Mana Hilangnya Ciri Reopen Closed Tab Pada Chrome 78? Ini Jawapannya

Anda mungkin seorang yang gemar membuka lebih dari 10 tab pada satu-satu masa pada pelayar web Chrome. Namun ada ketikanya, anda tersalah klik dan menyebabkan tab tersebut terus ditutup.

Cara mudah untuk mengembalikan tab halaman tersebut adalah dengan klik kanan pada tab sedia ada dan seterusnya pilih Reopen Closed Tab.



Tetapi bagi yang kerap menggunakan ciri ini, pasti hairan ia tidak lagi disenaraikan seperti sediakala. Ini kerana pembangun telah mengubah kedudukannya diluar tab, bukan seperti yang biasa kita lalukan sebelum ini.

"New Tab, Reopen Closed Tab, and Bookmark All Tabs are "tabstrip context" rather than "tab context" and feel conceptually strange when you right-click a single tab. The window frame context menu, which is our closest substitute for a tabstrip context menu, is a more appropriate place (and two of these three already exist there)."  - pembangun Chrome

Boleh rujuk gambar dibawah untuk lebih faham.



Perkara ini kelihatan remeh tetapi bagi yang sentiasa bergantung pada ciri tersebut, pasti tertanya-tanya kemana hilangnya pilihan Reopen closed tab tersebut.