Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malaysia-solar-panels intel

Malaysia Menjadi Ladang Solar Terbesar Intel Selepas AS

Diterbitkan April 22, 2021 oleh ariff bukhari

Syarikat pengeluar cip pemprosesan terkemuka dunia, Intel memanfaatkan penggunaan tenaga solar di Malaysia apabila sumber tenaga bersih itu digunakan bagi membekalkan tenaga elektrik untuk 6 bangunannya yang terletak di Kulim, Kedah dan Pulau Pinang.

Penggunaan sumber tenaga bersih itu sekaligus dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

Ladang solar  baru Intel di Malaysia meliputi kawasan menyamai hampir 900 ruang tempat letak kenderaan dengan tambahan sebanyak 50,208 kaki persegi di bahagian bumbung bangunan yang mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 6,000 MWh setiap tahun.

Sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara yang memiliki ladang solar Intel terbesar di luar Amerika Syarikat.

Intel menyatakan komitmen mereka untuk terus memperluaskan projek tenaga baru dan cekap tenaga dalam usaha menangani perubahan iklim.

Intel juga mahu mengakhiri kebergantungan kepada sumber bahan api konvensional seterusnya memperluakan penggunaan tenaga hijau.

 

Sumber: Intel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY