Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian Menunjukkan Pengguna Di Wilayah Persekutuan Putrajaya Adalah Yang Paling Ramai Menggunakan Platfom e-Dagang Di Malaysia

Malaysia Mendahului Sebagai Pengguna Digital Tertinggi Di Asia

Diterbitkan September 2, 2021 oleh ariff bukhari

Dalam laporan ‘Southeast Asia, the home for digital transformation’ yang diterbitkan Facebook dan Bain & Company, ekonomi digital di Asia Tenggara terus berkembang susulan daripada peningkatan pengguna digital telefon bimbit dahulu dan membuat pembelian daripada lebih banyak kategori dalam talian.

Ia berdasarkan tinjauan ke atas kira-kira 16,700 pengguna digital dan pengumpulan pandangan daripada temu ramah bersama lebih daripda 20 CXO dari enam negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Hasil tinjauan itu mendapati, hampir 80 peratus pengguna di Asia Tenggara akan beralih ke digital pada akhir tahun ini di mana Malaysia mendahului dengan peratusan pengguna digital tertinggi berbanding negara-negara Asia yang lain setakat ini iaitu pada tahap 88% atau bersamaan dengan 22 juta orang dan akan meningkat kepada 90% pengguna akan beralih ke digital menjelang akhir tahun 2021.

Tinjauan itu juga menunjukkan, pengguna di Malaysia bukan sahaja lebih banyak berbelanja di dalam talian seperti yang diramalkan pada tahun 2020, tetapi penerimagunaan dalam talian sebagai saluran untuk membeli belah juga dilihat terus meningkat dengan 46 peratus daripada pengguna Malaysia menggunakan saluran dalam talian sebagai saluran utama untuk pembelian.

Pada tahun 2021, pengguna Malaysia yang celik digital membeli-belah dari satu kedai ke kedai yang lain iaitu antara 7 laman web sebelum membuat keputusan untuk membeli – peningkatan yang ketara sebanyak 1.8 kali ganda daripada purata 4.8 laman web pada tahun 2020 lalu.

Sumber: FACEBOOK for Business

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY