Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lima Perkhidmatan Penstriman Popular Untuk Pengguna Di Malaysia

Malaysia Ditangga Ke-13 Dari 70 Negara Yang Miliki Kandungan Netflix Terbanyak

Diterbitkan Januari 29, 2021 · Dikemas kini Januari 29, 2021 oleh ariff bukhari

Netflix, sebuah syarikat penerbitan dan penyedia perkhidmatan penstriman video Amerika Syarikat yang bermula pada tahun 1997 dahulu kini sudah berjaya mengembangkan empayar perniagaan mereka ke 190 buah negara.

Netflix membolehkan pelanggan berdaftar menonton ribuan terbitan rancangan televisyen dan filem secara penstriman video walau di mana sahaja mereka berada menerusi pelbagai peranti termasuklah TV Pintar, komputer dan peranti mudah alih.

Walaubagaimanapun, tidak semua kandungan yang ditawarkan dalam Netflix adalah sama bagi sesebuah negara.

Jadi jumlah kandungan Netflix juga adalah berbeza dalam negara-negara yang ada menawarkan servis penstriman video ini.

Menurut laman analisis Surfshark, secara keseluruhan Netflix di Amerika Syarikat (A.S) memiliki kandungan video terbanyak iaitu sebanyak 5,879 judul video (4,035 filem dan 1,844 siri rancangan TV).

Ia tidak mengejutkan kerana Netflix, Inc. berpangkalan di California, A.S.

Ia diikuti oleh Negara Kanada (5730 judul video), United Kingdom (5673 judul video), India (5591 judul video) dan Australia (5591 judul video).

Menurut Surfshak, bagi kandungan Netflix di Malaysia pula terdapat sebanyak 4898 judul video (3387 judul filem dan 1511 siri rancangan TV).

Sekaligus meletakkan Netflix Malaysia di tangga ke-13 yang mempunyai judul video terbanyak dari 70 buah negara.

Data yang diperolehi Surfshark adalah berdasarkan kepada pangkalan data dari Flixwatch yang mempunyai data tidak rasmi Netflix bagi 70 buah negara.

Untuk melihat senarai penuh jumlah kandungan video Netflix dan kedudukan 70 negara itu, layari laman Surfshark.com.

Sumber: Surfshark

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
©2026 WISER.MY