Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Disenarai Dalam 10 Negara Teratas Miliki Bangunan Tinggi Terbanyak Di Dunia

Malaysia Disenarai Dalam 10 Negara Teratas Miliki Bangunan Tinggi Terbanyak Di Dunia

Diterbitkan Jun 28, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada semakan di laman skycrapercenter, Malaysia tersenarai dalam 10 negara yang miliki bangunan-bangunan pencakar langit terbanyak di dunia.

Menurut skycrapercenter, Malaysia miliki sebanyak 262 bangunan berketinggian lebih daripada 150 meter dengan 35 darinya masih dalam pembinaan, 55 bangunan berketinggian lebih daripada 200 meter dan sebanyak 5 bangunan yang mencapai ketinggian lebih daripada 300 meter.

Sekaligus meletakkan Malaysia di tangga ke-6 sebagai negara paling banyak miliki bangunan tinggi di dunia selepas China (2,918), Amerika Syarikat (857), Emeriah Arab Bersatu (311), Korea Selatan (273) dan Jepun (270).

Berikut adalah senarai 10 negara yang miliki bangunan tinggi paling banyak di dunia menurut skycrapercenter:-

bangunan tertinggi

Bangunan pertama di Malaysia yang dibina mencapai ketinggian lebih daripada 150 meter adalah Menara KH yang siap dibina dalam tahun 1983 dahulu.

Status bangunan tertinggi di Malaysia pula ketika ini masih dipegang oleh Menara Berkembar Petronas berketinggian 451.9 meter.

Bangunan yang mula dibina dalam tahun 1992 dan siap dalam tahun 1998 itu juga adalah bangunan ke-12 tertinggi di Asia dan bangunan yang ke-17 tertinggi di dunia.

Walaubagaimanapun, status bangunan tertinggi di Malaysia itu bakal dirampas oleh Merdeka 118 yang memiliki ketinggian 678.9 meter.

Sumber: The Skyscraper Center

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY