Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Dan China Akan Bersama Membangunkan Vaksin COVID-19

Malaysia Dan China Akan Bersama Membangunkan Vaksin COVID-19

Diterbitkan November 18, 2020 oleh ariff bukhari

Hari ini Kerajaan Malaysia dan China telah menandatangani perjanjian usaha sama membangunkan vaksin COVID-19 yang selamat dan berkesan.

Perjanjian itu ditandatangani sendiri oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. Sementara China pula diwakili rakan sejawatnya, HE Wang Zhigang dalam satu majlis yang diadakan secara maya hari ini.

Malaysia Dan China Akan Bersama Membangunkan Vaksin COVID-19
Sumber: MOSTI

Menerusi kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), perjanjian ini akan diselia di bawah pemantauan Jawatankuasa Tinggi yang dipengerusikan secara bersama oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta rakan sejawat dari China, HE Wang Yi.

Dengan terjalinnya perjanjian ini, kedua-dua negara juga akan saling menyokong penyertaan sektor awam dan swasta, termasuk universiti, institusi, persatuan serta pertubuhan dalam kerjasama berkaitan.

Perjanjian yang ditandatangani ini adalah sah untuk tempoh hingga lima tahun dan dilanjutkan secara automatik selama setahun pada satu-satu masa, tertakluk kepada persetujuan kedua belah pihak.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY