Malaysia Berada Dalam Kelompok Negara Yang Mempunyai Sambungan 4G Perlahan

Baru-baru ini OpenSignal ada mengeluarkan laporan mengenai sambungan 4G yang ditawarkan di serata dunia, meliputi 88 buah negara kesemua sekali.

Laporan yang disediakan itu memperlihatkan infografik dari segi capaian 4G dan juga kelajuan purata bagi setiap negara yang terlibat.

Kajian dijalankan untuk suku ke-4 tahun 2017, bermula dari 1 Oktober hingga 29 Disember 2017.



Boleh diperhatikan Malaysia berada dikelompok negara dengan kelajuan 4G yang rendah iaitu pada kadar 14.84Mbps.

Berbeza pula dengan negara jiran Singapura yang berada ditangga teratas pada kelajuan purata 44.31Mpbs, meninggalkan Belanda, Norway dan Korea Selatan.

Walaupunbegitu, kelajuan purata Malaysia dilihat lebih baik berbanding beberapa negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Indonesia, dan Filipina.

Kapsyen: Ketersediaan liputan 4G


Laporan lanjut dari OpenSignal.

Sumber: OpenSignal via Amanz