Di Malaysia, sistem yang dikenali sebagai e-Lelong sudah wujud sejak Jun tahun lepas lagi dan dikendalikan oleh Kompleks Mahkamah Kuantan.
Dimulakan sebagai projek perintis di Kuantan, sistem itu akan diperkembangkan lagi ke seluruh semenanjung tanah air. Sabah dan Sarawak juga berada dalam perangcangan penawarannya tetapi akan menggunakan sistem yang berasingan.
Melalui e-Lelong, bidaan untuk membeli hartanah boleh dibuat secara dalam talian, dan pembida tidak perlu lagi hadir secara fizikal.
Selain menawarkan sistem telus, mudah dan cekap, e-Lelong turut mempunyai ciri bidaan automatik, bertujuan mewakili pembida yang tidak boleh menyertai lelongan ketika ia sedang dijalankan. Bidaan akan berjalan sehinggalah mencapai angka maksimum yang ditetapkan pembida.
Pembida juga tidak perlukan bank draf lagi kerana perkhidmatan perbankan dalam talian boleh digunakan pada sistem e-Lelong.
Laporan prestasi sistem ini akan dibentangkan dihadapan kabinet oleh Datuk Seri Azalina Othman Said, selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan kemudiannya menunggu keizinan untuk diperluas ke negeri-negeri yang lain.
Negara lain yang turut menggunakan sistem lelongan dalam talian adalah China, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Sumber: The Star
Berkaitan
- Xiaomi Malaysia Bakal Perkenal Redmi Note 8 Pro Untuk Pasaran Tempatan
- Maxis Lancar Perkhidmatan NB-IoT Komersial Pertama Di Malaysia
- Huawei Nova 7 Mula Dijual Di Malaysia 7 Julai Ini, Berharga RM1999
- Sarawak Negeri Pertama Di Malaysia Laksanakan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai
- Samsung Galaxy A31 Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM1099
- Mi Malaysia Akan Melancarkan Redmi 5 (2GB+16GB) 23 Februari Ini
- Sony Malaysia Bawa Masuk Tiga Model Baru - Xperia XA2, Xperia XA2 Ultra Dan Xperia L2
- Xiaomi Redmi 4A Mula Dijual Di Malaysia (RM449)
- Google Malaysia: Syarikat Telco Malaysia Perlu Sediakan Informasi Yang Mudah Difahami Pengguna
- Rakyat Malaysia Paling Banyak Beli Permainan Digital Di Rantau Asia Tenggara