Malaysia Bakal Bergerak Kearah Perbankan Maya

Berita mengenai perancangan mewujudkan bank maya di Malaysia telah diperkatakan sejak beberapa bulan yang lalu.

Perkembangan terbaru mengenai perkara itu, rangka kerja perbankan maya oleh Bank Negara Malaysia sudah siap 50%, sepertimana yang didedahkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah pada media di MyFintech Week 2019 baru-baru ini.



Ketua pengarah Bank Negara Malaysia, Suhaimi Ali, mengatakan walaupun ia masih belum dilancarkan, hingga kini, terdapat 10 pihak yang berminat dengan perkhidmatan bank digital di dalam negara ini.

Virtual banking atau perbankan maya ini menggunakan idea tiada penggunaan bank fizikal atau cawangan. Sistem yang berasaskan sambungan internet ini menawarkan kemudahan deposit dan pengeluaran wang dan beberapa servis yang lain.

Menurut kenyataan Hong Kong Monetary Authority (HKMA), virtual bank ini adalah servis perbankan melalui internet dan beberapa bentuk servis elektronik yang lain tanpa memerlukan cawangan fizikal.

Di luar negara, teknologi ini bukan perkara baru, ada yang gagal, ada yang masih menggunakannya. Negara jiran lain seperti India, China, Korea Selatan dan Jepun turut menggunakan perkhidmatan ini.

Sumber: FinTech NewsThe Star