Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bulan Berada Paling Hampir Dengan Bumi Minggu Hadapan, Kelihatan 7% Lebih Besar Dari Biasa

Malaysia Alami Fenomena Gerhana Bulan Hari Ini Sehingga Jam 05:33 PM

Diterbitkan Mac 25, 2024 ยท Dikemas kini Mac 25, 2024 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan, Malaysia akan mengalami fenomena Gerhana Bulan Penumbra hari ini berlaku bermula dari jam 12:53 tengah hari.

Fenomena Gerhana Bulan Penumbra pada 25 Mac 2024 akan berlaku 1.6 hari selepas Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu pada jarak 406,294 km.

Gerhana Bulan Penumbra ini merupakan deep penumbral eclipse dengan magnitud penumbra pada kali ini ialah 0.9577 dan nilai Gamma adalah 1.0610 dengan tempoh gerhana penumbra adalah selama 279.9 minit.

gerhana bulan penumbra

Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Amerika Utara dan Amerika Selatan dan Lautan Pasifik. Fenomena tersebut tidak dapat dilihat di bahagian timur Eropah dan Afrika, kebanyakan Asia dan bahagian barat Australia.

Seterusnya adalah Gerhana maksimum, iaitu 95.77% daripada Bulan yang akan melintasi bayang penumbra Bumi dijangka akan berlaku pada jam 03:12 petang dan berakhir pada jam 05:33 petang apabila Bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi.

gerhana bulan penumbra

Walau bagaimanapun, MYSA menyatakan, masyarakat di Malaysia tidak dapat menyaksikan fenomena ini kerana Bulan berada di bawah ufuk ketika fenomena itu berlaku.

Malaysia Alami Fenomena Gerhana Bulan Hari Ini Sehingga Jam 05:33 PM

Gerhana Bulan hanya boleh berlaku ketika fasa Bulan Penuh, dan hanya jika Bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang Bumi yang terdiri daripada umbra dan penumbra.

Gerhana Bulan Penumbra berlaku apabila cakera Bulan hanya melalui bayang penumbra Bumi sahaja.

Fenomena tersebut sukar diperhatikan dengan jelas berbanding dengan Gerhana Bulan Separa dan Gerhana Bulan Penuh kerana keseluruhan cakera Bulan akan kekal bercahaya walaupun hanya sedikit malap dari kecerahan biasa.

Malaysia Alami Fenomena Gerhana Bulan Hari Ini Sehingga Jam 05:33 PM

Berkaitan

  • Kitaran Matahari Maksimum Semakin Hampir, Letusan Matahari Berjaya Dirakam Sistem Teleskop Negara
  • Kitaran Solar Maksimum Sedang Berlaku, Dijangka Sehingga Oktober 2024
  • Esok Seluruh Dunia Akan Alami Masa Siang Dan Malam Sama Panjang

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY