Malaysia Airlines Mengesahkan Larangan Terhadap Model Macbook Pro 15 Inci Keluaran September 2015 dan Februari 2017

Penumpang mesti membawa bukti dokumentasi yang menyatakan bateri Macbook Pro tersebut telah diganti dari pihak Apple jika ingin menyimpannya di ruang bagasi pesawat.


Selepas Air Asia melarang model Macbook Pro 15 inci yang dihasilkan dari September 2015 hingga Februari 2017 dibawa masuk ke dalam pesawat mereka, kini giliran Malaysia Airlines pula melarang model komputer riba Apple itu dibawa masuk ke dalam pesawat mereka.

Walaubagaimanapun, para penumpang mereka yang membawa model Macbook Pro itu hanya tidak dibenarkan menyimpan komputer riba itu ke dalam ruang bagasi pesawat sahaja. Tetapi pemilik masih dibenarkan membawa komputer riba itu secara bawa tangan masuk ke dalam ruang kabin pesawat.

"Restriction on Carriage of Older Generation 15-Inch MacBook PRO on Malaysia Airlines"

"Following Apple’s worldwide recall of the 15-inch MacBook Pro laptop batteries sold between September 2015 and February 2017, Malaysia Airlines passengers are not permitted to carry the affected model as checked baggage. The laptops must be placed in the cabin baggage until further notice.

Passengers who have performed the battery replacement under  Apple’s recall program must present documentation/receipt related to the battery replacement upon check-in and/or boarding.  

Please refer to Apple’s MacBook Pro Battery Recall Program page for more information." (here)

Apple menyatakan pada Jun lalu mereka menarik balik “bilangan terhad” unit 15 inci MacBook Pro kerana baterinya mudah menjadi terlalu panas. Unit-unit terjejas dijual antara September 2015 hingga Februari 2017.

Unit-unit yang terjejas oleh langkah penarikan balik pada bulan Jun itu boleh dikenalpasti dengan nombor siri produk tersebut.

Pengumuman Malaysia Airlines ini dibuat selepas pihak berkuasa penerbangan Eropah dan Amerika menguat kuasakan sekatan ke atas Macbook Pro yang terpalit dengan isu bateri mudah terbakar.

Sebelum ini,  beberapa syarikat penerbangan Asean yang lain telah lebih dulu melarang kompter riba Apple itu dibawa masuk ke dalam pesawat mereka termasuklah Singapore Airlines (SIA), Thai Airways dan Royal Brunei Airlines.