Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Airlines Akan Memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital

Malaysia Airlines Akan Memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital

Diterbitkan Februari 25, 2021 ยท Dikemas kini Februari 25, 2021 oleh Amsyar Latif

Malaysia Airlines hari ini mengumumkan akan memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital untuk membolehkan perjalanan udara yang selamat semasa tempoh pasca COVID-19.

Dengan pas tersebut, ia dapat mengenalpasti penumpang yang telah memenuhi semua syarat yang membolehkan mereka melakukan perjalanan dengan selamat.

Tambahan lagi, Malaysia Airlines juga telah menggunakan beberapa modul dari Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Malaysia Airlines Akan Memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital

Selain itu, pas ini disatukan sekali dengan aplikasi mudah alih Malaysia Airlines. Malah, penumpang turut dapat membuat pasport digital melalui aplikasi ini.

Antara fungsi lain, penumpang dapat membuat janji temu bagi melakukan ujian COVID-19 RT-PCR atau melampirkan sijil vaksinasi mereka dalam telefon pintar.

Buat masa sekarang, Malaysia Airlines masih bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk melancarkan pas kesihatan ini dan akan berkongsi maklumat lain dalam tempoh terdekat.

Sumber: malaysia airlines

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY