Maksud Huruf "i" Pada Nama Produk Apple Dan Bagaimana Ia Bermula

Huruf "i" sangat sinonim dengan Apple kerana hampir kesemua produk yang dikeluarkan mereka menggunakan awalan "i" seperti contoh...

  • iMac,

  • iPhone,

  • iPad,

  • iPod,

  • iOS.


Tetapi adakah anda tahu tentang maksud disebalik awalan "i" itu? Bagaimana Steve Jobs mendapat idea untuk meletakkan nama itu pada produknya?

Semuanya bermula sekitar tahun 1997, Steve Jobs kembali ke Apple daripada NeXT Computer dengan visi utama menyelamatkan syarikat itu dari diambang kejatuhan.

Beberapa bulan pertama, Steve Jobs berusaha menstrukturkan semula syarikat dan produk serta berharap dapat mengembalikan fokus syarikat. Pada waktu itu hanya 2 produk sahaja yang tinggal untuk dipertaruhkan di pasaran iaitu, PowerPC dan keluarga komputer Mac.



Ketika itu, Mac merupakan komputer pertama yang mempunyai sambungan USB dan tidak menggunakan cakera liut 3.5, sebaliknya menggunakan cakera padat yang dibina dibawah skrin paparan.
"Jatuh bangun syarikat dipertaruhkan pada komputer ini, ia perlukan nama yang hebat" ujar Jobs.

Steve Jobs mengetuai pekerja yang lain dalam menentukan nama bagi komputer itu dan beliau mendapat idea untuk menamakannya sebagai MacMan.

Perkara itu memeranjatkan para pekerjanya dan mereka semua akhirnya berjaya meyakinkan Steve Jobs untuk memilih nama yang lebih ringkas dan penuh bermakna, iMac.
"Ia adalah Mac berkuasa penuh, yang boleh melakukan banyak perkara, tetapi pertama dan paling penting, ia akan membawa anda ke Internet dalam masa 10 minit, walaupun anda tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini."

Bermulalah dari situ, setiap produk keluaran Apple mempunyai awalan "i" yang merujuk kepada Internet. Ia tidak terhenti setakat itu kerana pada sebuah acara Apple yang berlangsung pada 1998, Steve Jobs menghuraikan lagi maksud awalan "i" kepada beberapa makna, seperti contoh...

  • Internet,

  • Individual (individu),

  • Instruct (mengarahkan),

  • Inform (maklumkan),

  • Inspire (memberi inspirasi).




Tetapi semakin Apple berkembang ke segmen pasaran yang lain, awalan "i" sudah mula tidak digunakan seperti contoh Apple Watch dan Apple TV.

Begitulah kisah disebalik huruf "i" yang menjadi simbolik kepada barangan Apple dan pada zaman kini maksud huruf itu tidak terhad kepada internet sahaja , tetapi mempunyai maksud yang lebih meluas.

Sumber: Apple DiscussionsPhone Arena, Mashable