Maklumat Tertiris Menunjukkan Yang Google Pixel 2 Akan Mengujakan Sama Seperti iPhone 8

Akhirnya ia sudah tiba, cerita mengenai Google Pixel 2 yang memberi maklumat tambahan kepada generasi terbaru telefon pintar flagship dari Google.

Satu ujian benchmark telah muncul di atas talian, menunjukkan beberapa butiran mengenai telefon pintar itu yang mungkin akan menarik perhatian peminat mereka.

Sudah menjadi rekaan rasmi untuk tahun 2017 apabila Samsung memperkenalkan paparan tanpa bezel dan mungkin akan menjadi ikutan kepada pengeluar peranti flagship lain.

Ujian itu ditemui oleh WinFuture, mendedahkan yang peranti itu akan menggunakan:

  • Paparan 5.6 inci dengan resolusi 2K(2560x1312)

  • Qualcomm Snapdragon 835 chipset,

  • 4 GB RAM, 128 GB ROM

  • Kamera belakang 12-MP dengan rakaman video 4K

  • Kamera depan 7-MP dnegan rakaman video 4K

  • Sistem operasi Android 7.1.1




Setakat ini belum ada imej peranti yang tertiris namun kita pasti dapat melihatnya dalam masa yang terdekat ini.

Sumber