Maklumat Peribadi Lebih 1 Juta Pelajar & Alumni Universiti Tempatan Dilaporkan Tertiris Atas Talian

Maklumat atau data peribadi merupakan sesuatu yang amat penting untuk dilindungi. Mana tidaknya, daripada maklumat berkenaan banyak perkara buruk boleh terjadi sekiranya jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Perkara ini mungkin sering kita dengar berlaku di luar negara, namun tidak kali ini. Data peribadi milik lebih dari 1.1 juta pelajar dan alumni sebuah universiti popular tempatan didakwa telah tertiris di atas talian.

Kejadian berkenaan telah dikesan oleh Lowyat.net dan dikatakan melibatkan data pelajar universiti tersebut bermula dari tahun 2000 hinggalah 2018.

Antara maklumat yang telah didedahkan ialah termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah, kad ID pelajar, alamat emel serta nombor telefon.

Malah, ia bukannya melibatkan pelajar universiti terbesar negara ini sahaja, akan tetapi data peribadi pelajar kolej-kolej di bawah naungan mereka juga telah terdedah.

Walaubagaimanapun, pihak universiti masih lagi belum memberikan sebarang maklum balas rasmi mengenai dakwaan ini.

 

Sumber: Lowyat.net

Berkaitan