Makluman Perubahan Masa Soal Selidik Kepuasan Hati Pengguna Terhadap Perkhidmatan Jalur Lebar Dan Selular Mudah Alih

Sebelum ini telah diuar-uarkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan beberapa soal selidik berkaitan akses dan penggunaan telefon bimbit, e-dagang dan kadar kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan jalur lebar dan selular mudah alih.

Soal selidik tersebut telah pun bermula dari 5 Jun 2020 lalu dan akan tamat pada 31 Disember 2020 nanti

Walaubagaimanapun, sebelum ini soal selidik itu dijalankan dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari.

Tetapi menerusi makluman terbaru dari pihak SKMM, soal selidik tersebut akan  dibuat dari jam 9:00 pagi hingga 8:00 malam setiap hari, kecuali hari-hari kelepasan am negara dan Selangor.

Penyertaan soal selidik ini adalah secara sukarela. Tetapi sebagai penghargaan, SKMM akan memberikan rebat bernilai RM5 kepada 10,000 responden pertama yang melengkapkan soal selidik tersebut.

Untuk info lanjut cara menyertai soal selidik SKMM ini, layari laman SKMM.