Majoriti Pengguna Memilih Untuk Memiliki Telefon Pintar Berprestasi Sederhana - Gartner

Permintaan telefon pintar bagi suku ketiga 2019 didapati menurun.


Menurut laporan oleh penyelidik dari Gartner, dalam suku ketiga tahun 2019, permintaan terhadap telefon pintar didapati menurun.

Gartner mendakwa, pengguna keberatan untuk membelanjakan wang mereka bagi mendapatkan model terbaru telefon pintar yang ditawarkan dipasaran ketika ini.

Ia sekaligus memberi kesan terhadap model-model premium mahupun model telefon pintar yang dijual pada harga mampu milik.

Akibatnya pengeluar iPhone iaitu Apple yang menawarkan model premium dan Xiaomi yang terkenal dengan model telefon pintar murah terkesan dengan situasi ini.

"For the majority of smartphone users, desire has shifted away from owning the least expensive smartphone. Today’s smartphone user is opting for midtier smartphones over premium-tier ones because they offer better value for money,” Anshul Gupta, Pengarah Penyelidikan Gartner.

Selain itu, Gartner juga mendapati pengguna masih menunggu model-model telefon pintar yang dilengkapi dengan teknologi 5G pada tahun 2020 nanti.

Sebab itulah ia menjadi antara punca kepada kurangnya penjualan telefon pintar  bagi suku ketiga 2019.

Bagi gergasi telefon pintar dari China iaitu Huawei, walaupun dilihat berjaya meningkatkan jualan telefon pintar mereka disebalik kekangan yang dikenakan oleh A.S, pasaran telefon pintar mereka masih didapati perlahan.

"Huawei was the only one of the top-five global smartphone vendors to achieve double-digit growth in smartphone sales in the third quarter of 2019." Gartner.

Berikut adalah senarai 5 pengeluar  yang menguasai pasaran telefon pintar terbesar setakat suku ketiga 2019:-

Kapsyen: Due to rounding, numbers may not add up precisely to the totals shown. Sumber: Gartner (November 2019).